Lebih 7 Tahun Terbengkalai, Masjid Daerah Ranau Dibuka Sementara Untuk Solat Aidilfitri

9 Apr 2024 • 9:23 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Masjid Daerah Ranau buat pertama kalinya dapat digunakan semula untuk menunaikan solat Aidilfitri.

Lebih 7 Tahun Terbengkalai, Masjid Daerah Ranau Dibuka Sementara Untuk Solat Aidilfitri. Masjid Daerah Ranau menjadi perhatian orang ramai pada tahun 2019 apabila gambar masjid yang terbengkalai menjadi tular. Pembinaan masjid ini bermula pada tahun 2017 selepas masjid asal rosak akibat gempa bumi pada tahun 2015. Mengikut perancangan awal, masjid ini sepatutnya siap pada tahun 2019.

Namun, selepas 2019, masjid tersebut masih belum mencapai kemajuan yang diharapkan. Kelewatan ini berpunca daripada kontraktor asal yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan gagal menyiapkan projek itu, dan terpaksa melantik kontraktor penyelamat untuk meneruskan pembinaan. Selain itu, sekatan pergerakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik Covid-19 turut menjejaskan progres pembinaan.

image is not available

Lebih 7 Tahun Terbengkalai, Masjid Daerah Ranau Dibuka Sementara Untuk Solat Aidilfitri

Di sinilah peranan Masidi Manjun, seorang ahli Mesyuarat Tindakan Negeri Sabah, sebagai pengerusi mesyuarat menjadi sangat penting. Beliau telah memarahi dan mempersoalkan pegawai yang hadir tentang kelewatan projek itu. “Datuk Masidi marah betul, dia hentak meja semasa dalam mesyuarat. Semua terdiam,” kata seorang saksi.

Akhirnya, pada tahun ini, Masjid Daerah Ranau dapat digunakan semula untuk menunaikan solat Aidilfitri. Masidi sendiri sempat singgah ke masjid tersebut dan mengimamkan solat fardhu.

Walaupun masjid ini merupakan salah satu legasi Masidi, beliau pernah menyatakan bahawa usaha melobi membawa projek ke daerah Ranau bukanlah atas usahanya sendiri, tetapi bersama pemimpin lain. Tiga projek legasi Masidi yang lain ialah MRSM Ranau, Muzium Tamadun Dusun Liwan dan pembinaan semula Masjid Ar-Rahman Daerah Ranau.

Baca juga artikel menarik di bawah: