Masjid At-Taqwa Kampung Beris Tok Ku musnah terbakar

6 Nov 2026 • 11:06 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Masjid At-Taqwa Kampung Beris Tok Ku musnah terbakar

SETIU – Penduduk Kampung Beris Tok Ku, di sini gempar selepas masjid perkampungan mereka musnah dalam kebakaran pada awal pagi tadi.

Kebakaran memusnahkan Masjid At-Taqwa yang berusia 38 tahun tersebut berlaku pada pukul 2.57 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Mohd. Sarizan Mohamad Sapawi berkata, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi berkenaan sebaik menerima maklumat kebakaran tersebut.

“Sewaktu kebakaran berlaku pada awal pagi tadi, tiada siapa berada di dalam masjid berkenaan.

“Api terlalu marak dan kebakaran hanya dapat dipadamkan sepenuhnya pada pukul 5.59 pagi,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Sarizan berkata, struktur Masjid At-Taqwa musnah kira-kira 90 peratus akibat kebakaran terbabit.

Beliau berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

The post Masjid At-Taqwa Kampung Beris Tok Ku musnah terbakar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved