
LUMUT – Dua beradik maut dalam kebakaran rumah di Kampung Koh, Sitiawan dekat sini pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Datuk Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9.01 pagi tadi.
“Berlaku kebakaran dua buah rumah berkembar dua tingkat dengan ia musnah hampir 90 peratus. Terdapat dua orang mangsa terperangkap di dalam rumah.
“Kebakaran turut melibatkan empat buah kenderaan iaitu dua buah Proton Saga, sebuah Proton Perdana dan sebuah motosikal,” katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, mangsa yang merupakan adik-beradik berusia 18 dan 15 tahun.
Pada masa sama, beliau berkata, overhaul sedang dijalankan dan maklumat akan dikemas kini dari masa ke semasa.
Sabarodzi berkata, pasukan khas K9 telah dihubungi bagi membantu penyiasatan.- KOSMO! ONLINE
The post Dua beradik maut terperangkap dalam rumah terbakar appeared first on Kosmo Online.






