Masjid juga jadi pusat komuniti: Poon

LocalPolitics
11 Jan 2025 • 3:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Masjid bukan sahaja tempat ibadah tetapi juga berperanan sebagai pusat komuniti yang menyatukan masyarakat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Papat, Datuk Frankie Poon.

Sehubungan itu, Poom komited untuk menyokong keperluan dan memperkukuh peranan institusi keagamaan di daerah ini.

AdvertisementIni termasuk menyumbangkan barangan keperluan kepada Masjid Daerah Sandakan baru-baru ini.

Antara barangan yang disumbangkan ialah mesin pengering tangan, pengisar tangan, inverter ribut, dan pembersih vakum untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Sumbangan tersebut adalah sebahagian daripada komitmen Adun itu dalam membantu institusi komuniti, tanpa mengira latar belakang agama atau budaya, bagi memastikan kemudahan yang disediakan memenuhi keperluan masyarakat setempat.

“Kami berharap sumbangan ini akan memberi manfaat kepada masyarakat dan memperkukuh peranan masjid sebagai institusi utama dalam masyarakat,” tambahnya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sementara itu, pihak pengurusan Masjid Daerah Sandakan melahirkan rasa syukur atas keprihatinan dan sokongan Poon yang mengutamakan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di Sandakan.