
MENUMBOK: Masjid bukan hanya tempat ibadah, tetapi juga pusat komuniti yang membina masyarakat Islam berilmu dan beriman, kata Ahli Parlimen Beaufort, Siti Aminah Aching.
Beliau memuji usaha Masjid Daerah Menumbok yang aktif menganjurkan pelbagai program keagamaan, termasuk Program Ziarah Ukhuwah Kelas Taklim An-Nisa dan Majlis Khatam Al-Quran Perdana yang dianjurkan Biro Hal Ehwal Wanita Masjid.
Advertisement“Program seperti ini wajar dicontohi dan dijadikan acara tahunan untuk menyemarakkan semangat keislaman dalam masyarakat. Saya berharap usaha ini dapat diteruskan dan diperluaskan lagi.
“Generasi muda harus diberi peluang mendalami ilmu agama kerana mereka adalah aset masa depan negara. Marilah kita bersama-sama membina masyarakat yang kukuh dari segi akhlak, intelek dan rohani,” katanya ketika merasmikan majlis terbabit, di sini baru-baru ini.
SPONSORED CONTENT Ford aims to boost its presence in Sabah, Sarawak The improved ride quality makes the Ranger more comfortable for passengers. Read more Majlis khatam al-Quran itu menyaksikan kira-kira 120 orang menamatkan bacaan al-Quran mereka.
Turut hadir, Konsul Agung Negara Brunei Darussalam Fauzana Octavia Alli dan Mohd Ashrul Abdul Samad, Pengerusi Masjid Daerah Kecil Menumbok Ahmad Zinin dan Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita masjid merangkap Pengerusi Penganjur Dk Maston Pg Hassan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mengenai majlis itu, Siti Aminah yang juga Ketua Wanita Usia Sabah berkata, ia mencerminkan usaha masyarakat Islam di Menumbok untuk memartabatkan ilmu agama dan menghidupkan syiar Islam.
“Majlis Khatam al-Quran yang kita raikan hari ini bukan hanya untuk menyempurnakan bacaan kitab suci, tetapi juga simbol kecintaan kita terhadap al-Quran sebagai panduan hidup.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Program ini juga mengeratkan silaturrahim antara komuniti melalui aktiviti seperti Ziarah Ukhuwah yang mempereratkan persaudaraan.
“Saya dimaklumkan bahawa Kelas Taklim An-Nisa ini menjadi platform penting untuk peserta mendalami ilmu agama, khususnya dalam memahami dan menghayati al-Quran.
“Tahniah dan syabas kepada peserta yang telah menamatkan pengajian bacaan Al-Quran mereka.
“Ini adalah pencapaian luar biasa, yang bukan sahaja mencerminkan usaha dan dedikasi kalian, tetapi juga sokongan dan bimbingan daripada guru-guru serta ahli keluarga,” katanya.


