“Masjid juga tempat istirahat” – Netizen Puji AJK Masjid Bagi Bantal Untuk Jemaah Baring

Entertainment
25 Apr 2024 • 5:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Korang mesti pernah dengar atau alami bahawa ada sebahagian masjid yang melarang jemaah tidur di dalam masjid.

Sebahagian masjid yang melarang sesiapa sahaja tidur di dalam masjid atas alasan demi menjaga kebersihan dan keamanan untuk jemaah lain yang sedang beribadah.

Namun, pendekatan yang digunakan oleh pihak masjid ini bukan sahaja meraih perhatian, bahkan turut mendapat pujian ramai.

Menerusi video tular baru-baru ini, memaparkan beberapa jemaah sedang melakukan urusan masing-masing di dalam sebuah masjid.

Dalam video itu, muncul kelibat seorang lelaki yang dipercayai AJK masjid sedang memegang beberapa biji bantal dan kemudian menghulurkan bantal itu kepada para jemaah yang sedang baring dalam ruang solat masjid.

Jemaah yang menerima bantal yang diberikan membetulkan kedudukan dan kembali meneruskan rehat mereka.

Difahamkan, situasi itu berlaku di Masjid Sejuta Pemuda sekitar bandar Sukabumi di Jawa Barat, Indonesia.

Tidur juga ibadah

Menjengah ke ruangan komen, netizen memuji tindakan pihak masjid berkenaan yang memberi keselesaan kepada para jemaah yang sedang berehat.

Dalam pada itu, netizen juga berpendapat perkara sebegini seharusnya dijadikan contoh buat masjid-masjid yang lain.

Namun, ada juga menasihati jemaah yang mahu tidur di dalam masjid untuk melapik tempat baring itu terlebih dahulu untuk mengelakkan peluh pada karpet.

Menurut seorang individu, Imam al-Syafie dalam kitab al-Umm menyatakan boleh dan tidak makruh sekiranya seseorang itu tidur di dalam masjid.

image is not available image is not available image is not available image is not availableimage is not available

Kalau macam ni, makin ramai lah suka singgah masjid, kan?

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.