Masjid MADANI Di Jalan Munshi Abdullah Bakal Siap Dalam Masa 2 Tahun

Entertainment
27 Mar 2025 • 12:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Masjid MADANI yang bakal dibangunkan di atas tanah milik Jakel yang terletak di Lot 328, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur dijangka akan siap sepenuh dalam tempoh dua tahun.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, berkata masjid yang dibina di atas tanah seluas 12,142 kaki persegi itu turut mempunyai dewan acara, selain pejabat serta kemudahan asas lain.

Menurutnya, berkonsepkan inti pati Malaysia dan setinggi empat tingkat itu, ia mampu menampung kira-kira 2,900 jemaah pada satu-satu masa termasuk 592 jemaah di ruang utama solat yang terletak tingkat satu.

“Masjid MADANI dijangka siap dalam masa 24 bulan dari tarikh pembinaan dan akan menjadi satu lagi mercu tanda pembangunan syiar Islam di Lembah Klang khususnya Kuala Lumpur.”

image is not available

Jelasnya lagi, masjid tersebut didirikan kerana hasrat arwah bapanya Allahyarham Mohamed Jakel Ahmad dan mengambil kira keperluan masyarakat setempat.

“Masyarakat di sini menghadapi masalah kesesakan teruk di masjid berhampiran terutama sekali ketika hari Jumaat dan musim perayaan.”

Tambahnya lagi, kewujudan Masjid MADANI bukan sahaja akan memberi manfaat kepada umat Islam di kawasan sekitar tetapi juga menyumbang kepada kesejahteraan keseluruhan masyarakat dengan menyediakan kemudahan tempat beribadah yang selesa dan teratur.

Sumber : Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.