Masjid Negara mohon maaf isu pengunjung lelaki dipaksa pakai tudung

7 Apr 2024 • 2:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar video yang tular di TikTok.

SHAH ALAM - Pihak pengurusan Masjid Negara tampil memohon maaf berhubung video tular mengenai tindakan seorang pengawal keselamatan wanita yang meminta pengunjung lelaki memakai tudung ketika memasuki masjid berkenaan.

Masjid Negara bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu kenyataan berkata, pengawal keselamatan terbabit telah diberi teguran agar lebih peka ketika menjalankan tugas.

“Pihak pengurusan Masjid Negara mengambil serius perkara ini dan dengan rendah hati memohon maaf di atas kekhilafan serta kekeliruan kepada individu terlibat serta orang awam yang turut terkesan berkaitan video terbabit.

“Untuk makluman, pengawal keselamatan adalah lantikan pihak ketiga melalui perolehan kerajaan. Masjid Negara juga akan memastikan perkara seperti ini tidak berulang pada masa akan datang bagi menjamin reputasi dan imej institusi masjid kekal terpelihara.

“Para pengunjung boleh mengemukakan aduan terhadap mana-mana tindakan pengawal keselamatan melalui kod imbas bersama-sama butiran di meja pos masing-masing bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil,” katanya pada Ahad.

Sebelum ini, tular video di media sosial memaparkan seorang pengunjung lelaki berambut panjang paras bahu bingung apabila disuruh menutup kepala dan memakai jubah ketika memasuki Masjid Negara.

Lelaki berkenaan kemudian menjelaskan bahawa dia bukan perempuan, namun pengawal berkenaan tetap bertegas dan meminta untuk menutup aurat dengan memakai topi serta jubah yang telah disediakan oleh pihak masjid.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved