Pusat Komuniti Desa Mobile diperkasa, capai penduduk luar bandar Sabah

LocalPolitics
15 Dec 2024 • 12:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ibrahim Tabir

KUNAK: Dalam usaha memastikan perkhidmatan kepada penduduk luar bandar lebih menyeluruh dan inklusif, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperkenalkan Program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile bermula tahun lepas.

Timbalan Menterinya Datuk Rubiah Wang berkata, berdasarkan Aspirasi Desa Makmur bagi 2024, Program PKD Mobile juga adalah platform kementerian untuk manifestasi ke arah mengaplikasikan empat tunjang utama konsep Aspirasi Desa Madani yang diilhamkan oleh Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Advertisement“Bagi memastikan peranan PKD luar bandar terus diperkasa, peruntukan keseluruhan kementerian bertambah untuk tahun depan, daripada RM11.55 bilion kepada RM11.96 bilion.

“Peruntukan PKD ditingkatkan kepada RM5 juta pada tahun hadapan berbanding RM4 juta tahun ini, sekali gus membolehkan PKD Mobile mini dapat dibuat sebab kita rasa ada lagi kawasan yang jauh iaitu penduduk luar bandar tidak dapat keluar, tetapi kita datang santuni dengan bawa perkhidmatan diperlukan,” katanya selepas merasmikan Program PKD Mobile Sabah di sini.