Masjid Sesak Dipenuhi Orang Ramai Mahu Solatkan Jenazah Cikgu E

11 Nov 2025 • 10:04 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Masjid Al-Ansar, Meru penuh sesak dengan orang ramai yang turut serta dalam urusan solat jenazah  Cikgu E atau nama sebenarnya, Nassry Mardee bin Ismail.

Ramai yang mahu solat jenazah Cikgu E

Menerusi hantaran yang dikongsi pendakwah, PU Syed di media sosial, dia telah berkongsi keadaan semasa di masjid berkenaan yang dilimpahi orang ramai sehingga ke luar perkarangan masjid.

image is not available

Apa agaknya amalan Cikgu E

Dalam posting berkenaan PU Syed turut meninggalkan kapsyen bertanyakan apakah amalan ataupun rahsia Allah S.W.T dengan allahyarham sehingga pemergiaannya dihadiri ramai orang.

“Apa rahsia antara dirimu dengan Allah, wahai Nassry Mardee Ismail,” tulisnya ringkas.

image is not available

Menerusi perkongsian di Facebook arwah yang kini dikenali ahli keluarga, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Meru Raya selepas dikafankan di Masjid Al-Ansar.

image is not available

 

Terdahulu, berita tentang pemergian bekas guru itu pastinya membuatkan warganet hiba memandangkan kisah perjuangannya melawan kanser kerap tular di media sosial.

image is not available

Artikel lain: Cikgu E Meninggal Dunia, Perjuangan Melawan Kanser Temui Noktah

Allahyarham telah meninggal dunia di Hospital Pantai, Ipoh selepas kesihatannnya menurun sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Sumber: Instagram pusyed_official

 

The post Masjid Sesak Dipenuhi Orang Ramai Mahu Solatkan Jenazah Cikgu E appeared first on Borak Daily.