Masjid Wilayah Persekutuan Sediakan Khidmat Jagaan Kanak-kanak Ketika Ramadan, Mudahkan Ibu Bapa Solat Tarawih

Family & Parenting
17 Mar 2024 • 3:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ramai ibu bapa yang mahu menunaikan solat tarawih berjemaah di masjid namun susah untuk mereka berbuat demikian sebab tiada yang boleh jaga anak-anak mereka ketika solat. Namun, jemaah-jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur tak perlu risau kerana pihak masjid tersebut telah menyediakan perkhidmatan jagaan kanak-kanak.

Menurut Instagram rasmi Masjid Wilayah Persekutuan, perkhidmatan jagaan anak-anak jemaah atau dipanggil Program Tarbiatul Aulad itu disediakan secara percuma dari jam lapan malam hingga 10 malam sepanjang bulan Ramadan bermula 11 Mac sehingga 5 April ini (25 Ramadan).

Perkhidmatan tersebut membolehkan jemaah-jemaah yang membawa anak-anak dapat solat tarawih dengan tenang kerana anak-anak mereka akan dijaga dengan baik oleh petugas-petugas.

image is not available

Difahamkan, hanya kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun sahaja yang akan dijaga di pusat jagaan masjid itu.

Difahamkan juga, anak-anak boleh bermain bermacam-macam permainan yang disediakan di situ termasuklah aktiviti mewarna dan ibu bapa tak perlu risau ketika solat tarawih sebab ada orang dewasa iaitu petugas yang jaga.

image is not available

Pusat jagaan kanak-kanak itu terletak di ruang legar tingkat 2, Anjung C masjid, jadi kawasan anak-anak bermain tidak akan mengganggu orang yang sedang menunaikan solat.

Namun, ibu bapa diingatkan untuk ambil anak-anak mereka tepat jam 10 malam sebab kalau lambat ambil melebihi jam 10 malam, cas sebanyak RM10 akan dikenakan.

Bagus Masjid Wilayah ni, mudahkan urusan ibu bapa untuk beribadat dengan tenang ketika Ramadan ini.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.