Masters Indonesia 2025: Wei Chong-Kai Wun Muncul Juara

27 Jan 2025 • 9:52 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun muncul juara Masters Indonesia 2025 selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto di Istora Senayan, Jakarta, malam tadi.

Malaysia muncul juara Masters Indonesia 2025

image is not available

Foto: Facebook Badminton Association Malaysia

Menurut laporan Buletin TV3, pasangan ranking ke-13 dunia itu menang straight set 21-11, 21-19 dalam masa 37 minit, mengatasi rekod pertemuan yang sebelum ini memihak kepada pihak lawan 4-0.

Sokongan ribuan penyokong tuan rumah di Istora Senayan tidak menghalang kemaraan Wei Chong-Kai Wun untuk meraih kejuaraan.

Fajar-Muhammad Rian yang menduduki ranking keempat dunia kelihatan gugup di set pertama dan gagal mengimbangi corak permainan pantas Malaysia.

Wei Chong-Kai Wun berjaya menjarakkan jurang sehingga 19-11 sebelum memenangi set pertama 21-11 apabila Fajar mengetuk bulu tangkis ke luar gelanggang.

Set kedua menyaksikan bekas pasangan nombor satu dunia itu cuba bangkit dengan mengikat kedudukan 18-18 dan 19-19.

Kesilapan sangkut di jaring oleh pasangan Indonesia memberikan kemenangan kepada Wei Chong-Kai Wun.

Sebagai rekod, Wei Chong-Kai Wun sebelum ini mencipta sensasi apabila mara ke separuh akhir Terbuka Malaysia, awal bulan ini sebelum terkandas di pusingan pertama Terbuka India, minggu lalu.

Sumber: Buletin TV3

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved