Masters Indonesia 2026: Pang Ron-Su Yin mara, Jimmy-Pei Jing kandas

FootballSports
21 Jan 2026 • 12:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pang Ron dan Su Yin (kanan) meneruskan cabaran di Masters Indonesia 2026. Foto Agensi

BEREGU campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin meneruskan perjuangan dalam saingan Kejohanan Badminton Masters Indonesia 2026 di Jakarta hari ini.

Beregu ranking ke-20 dunia itu melepasi pusingan pertama kejohanan berstatus Super 500 berkenaan selepas menewaskan gandingan Thailand, Phuwanat Horbanluekit-Benyapa Aimsaard 13-21, 21-6, 21-17 dalam perlawanan yang berlangsung di Istora Senayan.

Menanti mereka di pusingan kedua, sama ada beregu China Guo Xin Wa-Chen Fang Hui atau Liu Kuang Heng-Jheng Yu Chieh dari Taiwan.

Sementara itu, perjuangan satu lagi beregu campuran negara, Jimmy Wong-Lai Pei Jing terhenti di pusingan pertama.

Jimmy-Pei Jing tewas kepada gandingan tuan rumah, Dejan Ferdinansyah-Bernadine Anindya Wardana 10-21, 17-21. - Bernama

 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved