Masters Indonesia: Pearly-Thinaah mula langkah kanan atasi gandingan Singapura

24 Jan 2023 • 9:06 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 24 JAN: Beregu utama wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah memulakan kempen Kejohanan Masters Indonesia dengan langkah kanan apabila menang mudah ke atas gandingan Singapura, Yujian Jin-Crystal Wong Jia Ying, hari ini.

Perlawanan yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta, itu menyaksikan pilihan keenam kejohanan itu hanya mengambil masa 27 minit untuk merakamkan kemenangan straight set, 21-8, 21-13.

Juara Sukan Komanwel 2022 itu dijadual bertemu sama ada rakan sepasukan Vivian Hoo-Lim Chiew Sien atau gandingan Taiwan, Lee Chia Hsin-Teng Chun Hsun yang membuat perhitungan dalam satu lagi perlawanan untuk ke pusingan kedua.

Sementara itu, beregu lelaki negara, Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong turut mara ke pusingan kedua selepas menundukkan pasangan India, Krishna Prasad Garaga-Visnuvardhan Goud Panjala, 21-17, 21-9.

Pasangan ranking ke-40 dunia itu bakal bertemu gandingan Jepun, Keiirchiro Matsui-Yoshinori Takeuchi yang mengetepikan pasangan Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Shin Baek Cheol, dalam satu lagi perhitungan hari ini.

Beregu persendirian lelaki negara, Boon Xin Yuan-Wong Tien Ci turut berjaya menumpaskan gandingan Kanada, Dong Adam-Nyl Yakura, 21-15, 21-19 dalam pusingan kelayakan untuk ke pusingan pertama bertemu beregu senegara dan juara dunia, Aaron Chia- Soh Wooi Yik, esok.

Bagi perseorangan lelaki negara, Cheam June Wei turut memulakan kempen kelayakan dengan kemenangan apabila menundukkan pemain Jepun, Koki Watanabe, 21-19, 7-21, 21-17 dan pemain India, B. Sai Praneeth 21-18, 21-19.

Pemain berusia 26 tahun itu bakal bertemu pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Ling Angus pada pusingan pertama, esok.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved