
Kejohanan badminton Masters Malaysia 2023 yang berlangsung minggu lepas di Axiata Arena, Kuala Lumpur memberikan keceriaan kepada peminat tempatan yang rindukan aksi menarik daripada jaguh badminton negara.
Antara yang menjadi tumpuan ialah pasangan beregu Pearly Tan-M.Thinaah yang mencipta sensasi apabila menempuh rali panjang sebanyak 211 pukulan dalam perlawanan yang berlangsung selama satu jam 51 minit sebelum mengetepikan Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto dari Jepun 21-18, 8-21, 21-19 untuk mengesahkan tiket ke suku akhir.
Namun Pearly -Thinaah tewas kepada pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee 20-22, 21-8, 17-21 pada perlawanan akhir.
Bagaimanapun mereka mendapat pujian ramai kerana semangat kental yang dipamerkan ketika berjuang pada peringkat akhir.
Jurufoto Getaran, Azim Rahman dan Abdul Razak Latif membuat liputan sepanjang kejohanan ini dan merakamkan aksi menarik sepanjang kejohanan.













