Masters Malaysia: Pearly-Thinaah Kecundang, Tewas Kepada Beregu China

FootballSports
24 May 2025 • 9:18 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M Thinaah gagal untuk mencipta gelaran juara berturut-turut apabila tumpas pada aksi separuh akhir Masters Malaysia 2025 di Axiata Arena, hari ini.

Pearly-Thinaah kecundang di Masters Malaysia 2025

image is not available

Foto: Berita Harian

Memetik laporan Berita Harian, Juara Terbuka Thailand itu gagal menundukkan kehebatan pasangan China, Jia Yi Fan dan Zhang Shu Xian yang menunjukkan permainan yang lebih baik dan bertenaga untuk mencatat kemenangan 21-16, 15-21, 14-21 dalam tempoh satu jam 15 minit.

Beregu ranking keempat dunia itu dilihat gagal menampilkan prestasi cemerlang setelah kerap melakukan kesilapan memberi kelebihan kepada pihak lawan sejak awal set pertama.

Kemenangan tersebut telah membuatkan pasangan ke-15 dunia dari China itu kini mendahului 2-1 dalam tiga pertemuan antara mereka.

Terdahulu, Pearly dan Thinaah pernah mara ke final Masters Malaysia pada 2023, namun tewas di tangan pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na dan Lee So Hee dengan mata 20-22, 21-8, 17-21.

image is not available

Foto: TVS

Untuk rekod, beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun pula berjaya membawa berita gembira apabila mengesahkan tiket ke pentas final selepas menewaskan gandingan Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi 21-12, 21-14 dalam tempoh 31 minit.

Kejayaan itu lebih bemakna apabila mereka berjaya menamatkan badi kekalahan kepada pasangan Jepun itu yang sebelum ini dua kali menewaskan mereka di pusingan kedua Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 dan All England 2022.

Sumber: Berita Harian (Sukhairi Thani)