Masters Malaysia: Zii Jia, Axelsen Buat Perhitungan Di Final

25 May 2024 • 10:33 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Masters Malaysia: Zii Jia, Axelsen Buat Perhitungan Di Final

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) — Bekas juara All England Lee Zii Jia hanya selangkah lagi untuk merangkul gelaran sulung di laman sendiri selepas mara buat pertama kali di pentas final Masters Malaysia di sini malam ini.

Didorong oleh sokongan padu penyokong tuan rumah di Arena Axiata di Bukit Jalil, pemain nombor 10 dunia itu, yang mengalami kekejangan ketika menewaskan pemain Denmark Anders Antonsen semalam, menang 21-15, 21-17 ke atas pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long dalam saingan separuh akhir pada malam ini.

Juara Terbuka Thailand, Zii Jia, bagaimanapun, berdepan tugas berat pada perlawanan akhir esok apabila dijadual bertemu pemain nombor satu dunia Denmark, Viktor Axelsen.

Axelsen sedang memburu gelaran pertamanya tahun ini untuk menamatkan kemarau gelaran hampir enam bulan selepas kali terakhir memenangi kejuaraan siri Jelajah Akhir Dunia 2023 Disember lalu.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved