Masuk Fasa Dua Siasatan, SPRM Panggil Ismail Sabri Isytihar Harta

LocalPolitics
9 Apr 2025 • 10:34 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merekod semula keterangan mantan Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kini memasuki fasa kedua memfokuskan kepada pengisytiharan harta.

Ismail Sabri dijangkakan akan dipanggil semula oleh SPRM untuk proses merekod keterangan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Ismail Sabri isytihar harta

image is not available

Foto: Astro Awani

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki memberitahu terdapat beberapa perkara penting yang cuba didapatkan daripada hasil rakaman percakapan itu selepas ini.

“Pegawai penyiasat akan memanggilnya semula untuk menjelaskan beberapa perkara termasuklah berkaitan dokumen dan saksi sokongan dalam pengisytiharan harta yang dikemukakan beliau sebelum ini,” kata Azam Baki pada Selasa.

image is not available

Foto: Utusan

Sementara itu, Ismail Sabri sebelum ini telah memberikan keterangan dan kali terakhir melakukan perkara tersebut pada 24 Mac lalu di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Untuk rekod, Ahli Parlimen Bera itu disiasat berkenaan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaaan dan perolehan dana bagi mempromosi dan publisiti program Keluarga Malaysia semasa menyandang jawatan Perdana Menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.

image is not available

Foto: Astro Awani

Ismail Sabri disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Setakat ini, beliau dilaporkan sebagai suspek berkenaan kes rasuah dan pengubahan wang haram setelah penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta di sebuah ‘safe house’ ketika serbuan dibuat oleh pihak SPRM.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Afham Ramli)