“Masuk ke tak tu?” – Netizen Terhibur Tengok Gelagat Hannah Yeoh Cuba Sukan ‘Footgolf’

Entertainment
1 Apr 2023 • 3:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, telah melancarkan Kempen Pengumpulan Dana Pasukan Kebangsaan Footgolf Malaysia di Shah Alam Hari ini.

Kempen ini diwujudkan bagi membantu pasukan kebangsaan yang bakal mewakili negara ke Piala Dunia Footgolf di Orlando, Amerika Syarikat.

Dalam majlis pelancaran itu, YB Hannah Yeoh sempat mencuba sendiri pengalaman bermain footgolf. Gelagat beliau telah mendapat perhatian ramai netizen. Korang boleh tengok video @utusantvofficial di bawah ni.

Masuk ke tak tu?

Untuk cubaan yang dirakam ni nampak gayanya YB Hannah gagal masukkan bola ke dalam lubang. Tak tahu lah ada berapa percubaan sebelum beliau berjaya.

image is not availableItu lah, min pun tergelak juga sebab YB sepak tak masuk. Tak pasti lah susah ke apa, tapi lubang tu cukup besar untuk tersasar. Apa-apa pun cubaan yang terbaik YB!

image is not availableTakpe YB. Masuk ke tak masuk tu kita letak belakang. Yang penting menang gaya. Itu pun dah cukup buat bakar semangat pasukan footgolf negara ke Piala Dunia.

image is not availableIni mungkin faktor utama kenapa YB Hannah sepak tak masuk. Mana tidaknya, ramai yang tengok, lepas tu ada yang rakam. Kalau min sendiri pun gementar weh, dah lah tak pernah main.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved