Masuk Latihan Tentera, Jin BTS Minta Peminat Jangan Datang Ke Lokasi Latihan

Entertainment
30 Nov 2022 • 1:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi peminat K-pop, pastinya dah tahu yang semua ahli kumpulan BTS bakal menjalani latihan ketenteraan kerana ia merupakan satu kewajipan untuk semua belia di Korea Selatan.

Memetik laporan Kimchi Daily, baru-baru ini, tarikh dan lokasi khidmat ketenteraan untuk salah satu anggotanya, Jin telah didedahkan melalui laporan berita. Bagaimanapun agensi menyatakan bahawa maklumat berkenaan masih belum boleh dikongsi buat masa ini.

 

Boleh jadi bahaya

Namun begitu, Jin sendiri telah memberi peringatan buat peminatnya untuk tidak datang ke pusat latihan yang dia ditempatkan kerana boleh jadi bahaya.

“Berita yang saya harap tidak akan didedahkan telah dikeluarkan. ARMY, awak benar-benar tidak sepatunya datang ke pusat latihan.”

image is not available

“Akan ada ramai lagi yang akan turut mendaftar atau menemani orang tersayang semasa mereka mendaftar, jadi ia mungkin akan jadi huru-hara dan boleh membawa kepada situasi yang berpotensi berbahaya. Saya sayang awak, ARMY.”

Untuk pengetahuan, Jin dilapor akan menyertai khidmat ketenteraan di Yeoncheon, Gyeonggi-do pada 13 Disember nanti. Namun, ianya masih belum disahkan lagi.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.