
Laluan utama ke Pantai Trombol kini dibuka kembali untuk orang ramai
Masuk Percuma, Pantai Trombol Paradise Kini Kembali Buka Untuk Orang Ramai. Pantai Paradise Beach Trombol kini telah dibuka semula dan boleh diakses menggunakan jalan lama dahulu.
Berita ini pasti menggembirakan penduduk sekitar yang rindu untuk menikmati keindahan pantai ini tanpa sebarang bayaran masuk. Ya, betul, masuk adalah percuma!

Masuk Percuma, Pantai Trombol Paradise Kini Kembali Buka Untuk Orang Ramai
Pantai Trombol Paradise, yang terkenal dengan pemandangan pantai nya yang luas dan pasir pantainya yang putih bersih, telah menjadi destinasi kegemaran ramai sebelum ditutup sementara untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
Setelah beberapa tahun ditutup, pantai ini kini kembali beroperasi dengan beberapa penambahbaikan yang pastinya menambah keselesaan kepada pengunjung.

Meskipun pantai ini kini dibuka semula, pengunjung diingatkan untuk sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga. Sentiasa pantau anak-anak kecil semasa bermain di pantai dan patuhi arahan keselamatan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan pantai.



