“Send Love To Israel & Palestine” – Bersikap Neutral, Chris Martin Buat Peminat Kecewa

Music
1 Jul 2024 • 1:10 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini di platform X, tular ciapan luahan kecewa netizen terhadap vokalis kumpulan popular, Coldplay iaitu Chris Martin selepas meminta penonton yang hadir ke konsert di Glastonbury Festival sebarkan rasa cinta terhadap, Israel.

Dalam pada masa yang sama, Chris turut meminta orang ramai untuk tidak lupa menyebarkan rasa cinta terhadap Palestin dan beberapa negara yang lain.

Keadaan lebih memburuk kerana Chris menjemput penyanyi berdarah kacukan Palestin-Chili iaitu Elyanna sebagai artis jemputan untuk duet di atas pentas bersamanya,

Ramai di kalangan peminat meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan Chris melontarkan ayat sedemikian dan tidak bersetujunya yang cuba bersikap neutral dalam isu peperangan di Palestin yang dilakukan oleh Israel.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available 7 months ago

"Apa Gunanya, Tempat Solat Wanita Di Rumah.." - Individu Solat Di Tengah Konsert Coldplay, Warganet Tetap Tak Puas Hati