Masuk ‘Roundabout’ Secara Melulu, Netizen Puas Dengar Pemandu Kena Maki

Entertainment
15 Nov 2023 • 3:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kadang-kadang pelik kan? Bila kita dah memandu dengan cermat dan berhati-hati, ada pula pemandu lain yang memandu secara bahaya sehingga mengancam keselamatan orang lain.

Baru-baru ini, tular di X video rakaman dashcam menunjukkan dua buah kereta yang hampir berlanggar di sebuah roundabout.

image is not available

Dalam rakaman dashcam itu, kereta yang dipandu oleh pemilik dashcam ini sedang melalui roundabout di sebuah jalan raya. Pada ketika itu, dia ingin masuk ke salah satu simpang di roundabout.

Namun begitu, hajatnya untuk memasuki simpang itu tidak kesampaian apabila sebuah kereta berwarna merah yang keluar dari simpang lain, terus memasuki roundabout itu secara melulu sehingga hampir berlaku kemalangan.

Ia menyebabkan kereta yang dipandu oleh pemilik dashcam ini sempat memperlahankan kereta lalu membunyikan hon secara berkali-kali. Mungkin kereta berwarna merah itu menyedari dirinya salah, dia pun berhenti di salah satu simpang roundbout itu.

Pemandu kereta merah kena ‘ajar’

Walau bagaimanapun, pemilik dashcam ini terus berhenti di sebelah kereta berwarna merah tersebut lalu memakinya.

Apa masalahnya? Itu putih punya line.. berhenti. Tau tak?

Pemilik dashcam ini ‘mengajar’ pemandu kereta merah itu supaya berhenti apabila tiba di garisan putih sebelum masuk ke roundabout. Namun begitu, pemandu kereta berwarna merah itu berkata dia tidak nampak garisan putih di simpang tersebut.

Oleh itu, pemilik dashcam ini sekali lagi memarahinya dan menghamburkan kata-kata kesat sebelum beredar dari tempat itu. Dia dikatakan marah juga kerana terpaksa melalui jalan lain yang lebih jauh.

Menyingkap di ruangan balas, rata-rata netizen memarahi pemandu kereta merah tersebut dan mereka berasa puas hati kerana dia dimaki.

image is not available image is not available

Fuh.. sikit lagi nak berlanggar! Nasib baik brader ni sempat brek.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.