Masuk Usia 40-an, Kim Taehee Akui Alami Kebimbangan Melampau Dek Penuaan

EntertainmentLifestyle
24 Jun 2025 • 10:43 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Dalam satu temu bual baru-baru ini, pelakon Kim Tae-hee berkongsi tentang kebimbangan terhadap penampilan diri seiring peningkatan usia.

Kim Tae-hee mendedahkan bahawa ketika memasuki usia 30-an, dia mula menyedari tanda-tanda penuaan dan berasa cemas mengenai penampilannya, terutama menjelang hujung usia 30-an. Dikenali dengan kecantikan semula jadi yang memukau, dia sering tersenarai antara bintang tercantik di Korea sejak debutnya pada tahun 2001. Ramai juga memuji wajah semula jadinya, dengan gambar-gambar zaman kanak-kanak dan remajanya menunjukkan mata besar bundar dan raut wajah yang terserlah.

Dia turut menjelaskan bahawa ketika memasuki usia 40-an, dia mula menerima proses penuaan dengan hati terbuka, sedar bahawa ada perkara yang berada di luar kawalannya. Setelah mencapai ketenangan itu, Kim Tae-hee mula menemui kekuatan dan daya tarikannya yang lain, lalu belajar menyayangi dirinya dengan lebih ikhlas.

image is not available

Kim Tae-hee berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Rain pada tahun 2017 dan kini dikurniakan dua orang anak. Sibuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak, beliau mengakui tidak lagi begitu menitikberatkan soal penampilan luaran. Walaupun masih menjalani rawatan laser kulit secara berkala, Kim Tae-hee lebih gemar mengekalkan rupa semula jadi tanpa keterlaluan.

Cantik je kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved