'Masya-ALLAH pandainya...,'Fatin Afeefah luah rasa bangga, anak perempuan raih 7A dalam peperiksaan akhir tahun

LocalEntertainment
26 Nov 2024 • 4:14 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

CONGRATS Joyah".

Demikian titip pelakon Fatin Afeefa selepas anaknya, Ivy Herra Spohia berjaya raih semua A untuk tujuh mata pelajaran dalam peperiksaan akhir tahun 2024, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik menerusi Instagram stories miliknya, Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudi tidak dapat menahan rasa bangga dengan keputusan cemerlang puterinya.

"Masya-ALLAH pandainya...,"sambil memeluk anaknya.

Dalam video berkenaan, terpancar wajah kegembiraan Ivy ketika menunjukkan markah peperiksaan subjek tahun tiganya.

"Hari ini nak belagaklah...,"kata Ivy sambil berseloroh.

Difahamkan, Ivy memperoleh 80 markah dan ke atas untuk tujuh subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Akhlak, Tauhid, Jawi dan Sirah.Tahun tiga tapi dah 'power' macam ini.

Terdahulu, pelakon filem Tentang Bulan itu membuat keputusan untuk menghantar anak lelakinya, Adam Aisy Arrian ke sekolah pendidikan agama untuk mempelajari dan mendalami al-Quran.

image is not available

Sekadar info, Adam adalah anak hasil perkahwinan pertama Fatin yang memilih untuk tidak mendedahkan status tersebut kepada umum.

Pada 21 Disember 2013, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Adam Shahz dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivy Herra Sophia sebelum memfailkan perceraian pada 30 Mei 2017.

image is not available

Fatin yang kini berusia 30 tahun kemudiannya membina mahligai dengan Aliff Awang atau Opai pada Disember 2022 dalam majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Jibril yang kini berusia tujuh bulan.