Anak Fatin Afeefa raih semua A dalam peperiksaan akhir tahun – “Tahniah Joyah..!”

LocalEntertainment
26 Nov 2024 • 1:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Anak Fatin Afeefa

Anak Fatin Afeefa iaitu Ivy Herra Sophia raih semua A untuk tujuh mata pelajaran dalam peperiksaan akhir tahun 2024, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Fatin atau nama lengkapnya Fatin Nur Afifah Shamsudin di Insta-stornya, dia berasa kagum dengan keputusan cemerlang Ivy Herra Sophia.

Anak Fatin Afeefa

image is not available

Dalam hantaran tersebut, dapat dilihat reaksi wajah gembira Ivy ketika menunjukkan markah peperiksaan subjek tahun 3 tanpa mendedahkan nama sekolahnya.

“Congrats Joyah,” ujar Fatin ringkas dalam video itu.

Difahamkan, Ivy memperoleh 80 markah dan ke atas untuk tujuh subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Akhlak, Tauhid, Jawi dan Sirah.

Anak Fatin Afeefa

image is not available

Terdahulu, pelakon filem Tentang Bulan itu membuat keputusan untuk menghantar anak lelakinya, Adam Aisy Arrian ke sekolah pendidikan agama untuk mempelajari dan mendalami al-Quran.

Adam telah berjanji untuk menghabiskan hafalannya dalam tempoh satu tahun di Akademi al-Quran Akmal.

Sekadar info, Adam adalah anak daripada hasil perkahwinan pertama dengan bekas suami Fatin namun, dia mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan perkahwinan itu secara terperinci kepada umum.

image is not available

Pada 21 Disember 2013, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Adam dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivy Herra Sophia sebelum memfailkan perceraian pada 30 Mei 2017 dan berpisah dengan baik.

Dia kemudiannya membina mahligai dengan Aliff pada Disember 2022 dalam majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia lapan bulan.

Sumber: Instagram @Fatin Afeefa