“MasyaAllah cantiknya” – Permaisuri Selangor Dipuji Makin Berseri, Bertudung Lepas Balik Haji

Entertainment
13 Jul 2023 • 1:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang ramai sedia maklum, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin telah berangkat menunaikan haji ke Tanah Suci Mekah baru-baru ini.

Pulangnya baginda berdua ke tanah air, Tengku Permasuri Selangor dilihat menghadiri beberapa majlis rasmi dengan membawa imej baharu iaitu lengkap memakai tudung. Alhamdulillah…

Antara penampilan Tengku Permaisuri yang mendapat perhatian ramai ialah semasa baginda menghadiri majlis perasmian ‘Program Plastic Busters Beach-River-Park Clean Up’ Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Stadium Tertutup Kuala Selangor bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Yang terbaru hari ini, penampilan baginda di Majlis Santapan Hi-Tea di Istana Negara yang dihadiri oleh isteri pemerintah-pemerintah negeri lain juga dipuji kerana dilihat sopan dan sangat manis berbaju kurung merah jambu.

“MasyaAllah, berseri-seri dan cantik”

Penampilan baharu Tengku Permaisuri telah mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata memuji baginda kelihatan semakin berseri-seri selepas pulang daripada haji.

Ramai juga berharap penampilan permaisuri ini boleh menjadi contoh baik buat semua wanita muslim di luar sana.

image is not available

Min suka sangat tengok isteri-isteri pemerintah kita sekarang yang manis bertudung litup. Sejuk hati memandang.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.