
KUNAK: Masyarakat perlu cakna mengenai hak dan masa depan kanak-kanak, kata Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kunak (Sektor Pembangunan Murid), Lajahuri Lajahidi.
“Sebagai ibu bapa, dan guru-guru adalah sangat penting untuk kita prihatin terhadap segala keperluan rohani dan jasmani kanak-kanak seperti kesihatan, pemakanan, belaian kasih sayang, pendidikan, persekitaran yang sihat serta perlindungan daripada segala bentuk bencana dan bahaya.
“Mereka merupakan aset amat berharga serta bakal pelapis kepimpinan negara di masa hadapan,” katanya ketika merasmikan Karnival Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat SK Kunak 2, di dewan sekolah itu, Khamis.


