RUU Suruhanjaya kanak-kanak dibentang di Parlimen minggu depan - Azalina

LocalPolitics
20 Nov 2023 • 1:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Azalina (dua dari kiri) bersama wakil Tabung Kanak-Kanak UNICEF ke Malaysia Robert Gass (kiri) melawat reruai UNICEF sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia 2023 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Kanak-Kanak Malaysia bagi menubuhkan badan yang bertanggungjawab membela dan mempertingkatkan hak kanak-kanak dijangka dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat minggu depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beliau optimis bacaan kali pertama rang undang-undang itu dapat dibentangkan sebelum Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen ke-15 ini menutup tirai pada 30 November.

Beliau berkata, pindaan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 juga akan dibuat bersekali dengan pembentangan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Kanak-Kanak Malaysia.

"Selepas Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 selesai, kami ada tiga hari untuk pembentangan rang undang-undang lain, jadi kami cuba juga pada sesi kali ini, ada masa untuk pastikan bacaan kali pertama dapat kami lakukan.

"Bagaimanapun, buat masa ini, kami tumpu sehingga Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 selesai dan diluluskan Parlimen,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Pameran Hari Kanak-Kanak Sedunia sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2023 hari ini.

Pada masa sama, Azalina berharap semua pihak bersatu hati dalam hal dan isu berkaitan perlindungan serta hak kanak-kanak yang dibawa ke Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara.

"Saya berpendapat isu mengenai golongan rentan terutama kanak-kanak perlu dijadikan realiti dengan penyertaan Ahli Parlimen daripada kedua-dua belah pihak...Anda perlu bersatu padu demi kanak-kanak,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved