Maszlee anggap kemenangan di Puteri Wangsa amanah besar, janji jadi ‘pekerja’ rakyat

LocalPolitics
13 Jul 2026 • 6:03 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Dr Maszlee Malik menyampaikan ucapan selepas kemenangan di DUN Puteri Wangsa pada PRN Johor.

“Mulai saat ini, saya adalah pekerja anda.”

Itu gambaran pendirian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik selepas memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, apabila beliau menegaskan kemenangan tersebut bukan sekadar kejayaan politik, sebaliknya amanah besar daripada rakyat yang perlu dilaksanakan.

Dalam kenyataan selepas kemenangan itu, Dr Maszlee berkata, kepercayaan yang diberikan pengundi Puteri Wangsa perlu dijunjung dengan penuh rasa insaf dan tanggungjawab.

Beliau menyifatkan kemenangan itu bukan sesuatu yang perlu dimegahkan, sebaliknya satu manifestasi kepercayaan rakyat terhadap perjuangan yang dibawa.

“Terima kasih Puteri Wangsa atas ruang dan kepercayaan luar biasa ini. Mulai saat ini, saya adalah pekerja anda.

“Mari kita pimpin tangan satu sama lain. Bismillah, masa untuk mula bekerja,” katanya.

Dr Maszlee turut merakamkan penghargaan kepada pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), sahabat seperjuangan, jentera akar umbi, pasukan media, keluarga serta seluruh pengundi yang memberikan sokongan sepanjang kempen berlangsung.

Baca juga:

Beliau berkata, sokongan dan kepercayaan daripada semua pihak menjadi kekuatan utama dalam menghadapi perjalanan kempen sehingga berjaya mempertahankan kerusi berkenaan.

Menurutnya, sebagai satu-satunya wakil PKR yang memenangi kerusi dalam PRN Johor kali ini, tanggungjawab yang dipikul menjadi lebih besar untuk memastikan amanah rakyat dilaksanakan sebaik mungkin.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pasukan media yang menguruskan strategi kempen digital serta memastikan mesej perjuangan sampai kepada rakyat.

Dr Maszlee juga tidak melupakan jasa jentera pilihan raya yang bekerja keras sepanjang tempoh kempen, selain menghargai sokongan isteri dan keluarga yang sentiasa memberikan doa serta pengorbanan.

The post Maszlee anggap kemenangan di Puteri Wangsa amanah besar, janji jadi ‘pekerja’ rakyat appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved