'Mat Kereta' Kena Datang Penang Hujung Minggu Ini

LocalCars
30 Apr 2026 • 4:58 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

'Mat Kereta' Kena Datang Penang Hujung Minggu Ini

'Mat Kereta' Kena Datang Penang Hujung Minggu Ini

Orang Pulau Pinang dan sekitarnya, apa perancangan cuti hujung minggu 3 hari ni? Tak tahu mana nak pergi?

Kenapa Mat Kereta Kena Datang Penang?

Tahu tak dekat Penang Waterfront Convention Centre ada event best? Abang-abang, kakak-kakak, adik-adik yang minat kereta mesti suka.

Sebab dari 1 Mei hingga 3 Mei 2026 ada Penang Autoshow 2026 yang dianjurkan oleh Malaysia Automotive, Robotics & ioT Institute (MARii)

Pelbagai jenama automotive dalam dan luar negara mengambil bahagian mempamerkan jentera kebanggaan mereka dari kereta berenjin, kereta hibrid sehinggalah kereta elektrik.

Proton e.MAS 5 Ada Warna Baharu

Padia yang menarik sangat? Antara yang menarik, Orang Pulau Pinang jadi yang pertama menyaksikan kereta Proton e.MAS 5 dengan warna Jade Green yang baharu.

mat kereta datang penang

Proton juga mempamerkan Proton e.MAS 7 PHEV dalam warna Emerald Green yang juga baru diperkenalkan sebelum ini.

Proton juga menawarkan pandu uji untuk setiap model kepada pengunjung yang hadir. Korang boleh pilih nak pandu uji model yang mana.

Hyundai Perkenal Super EV

Jenama lain ada perkenalkan kereta baru ke? Mesti la ada. Jenama Hyundai perkenalkan kereta elektrik prestasi tingginya di Penang Autoshow iaitu Hyundai Ioniq 5 N dan 6 N.

Tapi Hyundai hanya pamerkan Ioniq 5 N sahaja kali ini di Penang Autoshow. Kedua-dua model baharu ini menghasilkan kuasa maksimum 650 PS dengan 770 Nm torque.

Image from: 'Mat Kereta' Kena Datang Penang Hujung Minggu Ini
Image from: 'Mat Kereta' Kena Datang Penang Hujung Minggu Ini
Image from: 'Mat Kereta' Kena Datang Penang Hujung Minggu Ini

Untuk 0-100km/j Ionoq 5 N catatkan 3.4 saat dan Ionoq 6 N 3.2 saat. Kelajuan tertinggi untuk Ioniq 5 N adalah 260km/j. Manakala, Ioniq 6 N 257km/j.

Untuk jarak pemanduan Ioniq 5 N boleh mencapai 448km (WLTP) dan Ioniq 6 N mencapai 487km (WLTP).

Harga jangkaan kedua-dua model adalah RM460,000 untuk Ioniq 6 N dan RM450,000 untuk Ioniq 5 N.

Lain-Lain

Selain dari itu, Jetour juga perkenalkan model Jetour T1 yang datang dengan 2 varian iaitu 1.5L dan 2.0L. Harga jangkaan kedua-dua model ini adalah RM143,800 dan RM153,800.

Image from: 'Mat Kereta' Kena Datang Penang Hujung Minggu Ini
Image from: 'Mat Kereta' Kena Datang Penang Hujung Minggu Ini

GWM juga tak mahu ketinggalan dengan perkenalkan model GWM Tank 300 HEV. Model ini menghasilkan kuasa gabungan 255kW/346 PS dengan 648Nm torque.

Image from: 'Mat Kereta' Kena Datang Penang Hujung Minggu Ini

Tank 300 HEV ini lengkap dengan semua teknologi seperti Apple Carplay, Android Auto, ADAS Tahap 2 dan ventilated nappa leather dengan kerusi urut.

Mai semua orang utara serbu Penang Autoshow di Penang Waterfront Convention Centre dari 1 Mei 2026 sehingga 3 Mei 2026.

Tiket boleh dibeli secara online menerusi laman web Malaysia Autoshow dengan harga RM20. Kanak-kanak bawah 12 tahun, OKU dan warga emas masuk percuma.

BACA JUGA!