Insta360 Akan Lancarkan Sebuah Kamera MFT

TechnologyDigital
20 Apr 2026 • 12:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Insta360 terkenal dengan kamera kompak 360 darjah dengan ia kini turut menawarkan kamera aksi dengan lensa Leica. Selepas ini nampaknya Insta360 akan memasuki pula pasaran kamera digital selepas rekaannya tertiris ke arena web hujung minggu lalu.

image is not available

Kamera digital kompak ini dilaporkan akan menggunakan sensor MFT/M43 serta lensa yang boleh ditukar ganti. Starategi Insta360 berlainan dengan GoPro yang minggu lalu melancarkan GoPro Mission 1 Pro ILS yang merupakan kamera aksi dengan cagak MFT.

image is not available

Berdasarkan gambar yang tertiris, kamera MFT Insta360 akan mempunyai rekaan standard kamer nircermin, butang pengatup kamera, butang zum, hot shoe untuk aksesori dan skrin LCD yang boleh dilaras oleh pengguna. Ia walau bagaimanapun tidak mempunyai EVF terbina seperti majoriti kamera nircermin.

Walaupun imej telah tertiris, masih tidak diketahui bila kamera ini akan dilancarkan. Ia mungkin dilancarkan sekali dengan kamera gimbal kompak yang dilengkapi dwi-kamera yang juga diacah minggu lepas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved