
MAT Kilau: Kebangkitan Pahlawan, filem yang menjadi bualan ramai ketika ini. Ia satu-satunya karya tempatan yang menempa sejarah kutipan paling tinggi di Malaysia iaitu 53 juta dalam 13 hari.
Sutradaranya Syamsul Yusof dalam hantaran di Instagram berkongsi kejayaan yang dicapai filem epik sejarah itu.

“Mat Kilau memecahkan semua rekod, sudah secara rasmi No.1!
“RM53 juta jumlah kutipan di box-office setakat ini dan ia merupakan filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.
“Mat Kilau still showing and going strong guys !! Terima kasih Malaysia, Singapura dan Brunei! Alhamdulillah,” titipnya.

Rakan seni dan para peminat rata-rata mengucapkan tahniah atas kejayaan pengarah berusia 38 tahun itu.
– “Congrats bro. You are the champion.”
– “Road to 100 milion.”
– “Power, rezeki tidak salah alamat. Filem yang menyatu padukan semua.”
– “Ini benar-benar mengagumkan.”

Berikut adalah senarai filem Malaysia dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman;
- Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022): RM53,000,000 (pada hari ke-13 tayangan)
2. Munafik 2 (2018): RM48,000,000
3. Hantu Kak Limah (2018): RM36,230,000
4. Ejen Ali (2019): The Movie: RM30,050,000
5. BoBoiBoy Movie (2019): RM30,000,000
6. PASKAL (2018): RM 28,980,000
7. Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (2019): RM26,200,000
8. Polis EVO 2 (2018 ): RM22,450,000
9. Abang Long Fadil 2 (2017): RM18,150,000
10. Polis EVO (2015): RM17,740,000
Sumber: Instagram Syamsul Yusof
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.
The post Mat Kilau paling tinggi kutipan dalam sejarah Malaysia, 53 juta dalam 13 hari! appeared first on Sinar Plus.


