Tiada Dalam Poster, Anak Penerbit Filem Mat Kilau Tak Rasa Dipinggirkan 

Movie
7 Jul 2022 • 8:17 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Anak penerbit Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Ali Karimi mengakui dia langsung tidak berasa dirinya  dipinggirkan gara-gara wajahnya tidak terpampang dalam poster utama  filem epik yang telah mencetuskan fenomena itu. 

Kata Ali yang membawa watak sebagai Brahim dalam filem itu, tujuan dia menyertai produksi berkenaan adalah untuk memupuk semangat kepahlawan, bukannya untuk meraih publisiti.

image is not available

“Saya sebenarnya sudah cukup rasa bertuah kerana dapat berada bersama-sama barisan pelakon lain menjayakan filem Mat Kilau untuk menyampaikan mesej perjuangan.

“Bagi saya, itu yang penting. Saya bersyukur. Pasal wajah ada atau tidak dalam medium promosi antaranya poster, saya tidak kisah sangat.

“Sejujurnya sedikit pun saya tidak berasa dipinggirka,n malahan saya rasa poster yang dikeluarkan sebegitu juga sudah cukup menarik untuk memberi impak yang sewajarnya,” katanya. 

image is not available

Tambah Ali lagi, dia berpuas hati walaupun wajahnya sekadar dipamerkan dalam poster solo  khusus yang menampilkan karakter-karakter yang menjayakan Mat Kilau.

“Memang ada wajah saya pada poster untuk karakter. Itu pun saya sudah bersyukur apatah lagi poster itu secara tidak langsung  mula dikongsikan penonton,” katanya.

Filem Mat Kilau terbitan Studio Kembara sudah pun mencecah kutipan RM53 juta dalam masa 13 hari tayangan di pawagam. - Getaran, 7 Julai 2022

Gambar: Poster (Fail); Ali Karimi (Miss Yaya)