Mat Sabu luang masa lawat mangsa banjir Kampung Johan Setia

10 Nov 2022 • 10:53 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 10 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Kota Raja meluangkan masa
melawat mangsa banjir Kampung Johan Setia di pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan Kampung Johan Setia.

Menerusi Facebook Mat Sabu hari ini, beliau mengucapkan terima kasih kepada agensi penyelamat terlibat yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa yang terjejas.

“Saya berharap siapa pemerintah yang dipilih pada pilihan raya umum nanti mengambil perhatian khusus isu banjir di Lembah Klang dan negeri lain,” katanya.

Presiden Amanah itu juga tidak lupa menziarahi penduduk yang terlantar sakit di rumah di Jalan Kebun kelmarin.

Bagi Mohamad sabu atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu aktiviti itu sebagai tanda beliau amat mengambil berat mengenai perkembangan kesihatan penduduk.

“Mohon doa dari semua agar kesihatan buat Wak Sakmun Tok Hashim Ketua Kampung Jalan Kebun dan Hj Khairi antara aktivis dan orang lama di Kampung Jalan Kebun,” ujarnya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved