Mat Saleh Datang Malaysia Nak ‘Travel’ Tapi Akhirnya Mengemis, Netizen Perlu Adu Pada Siapa?

2 Feb 2023 • 9:16 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tiap kali lepak Kuala Lumpur terutamanya di sekitar Bukit Bintang, mesti korang akan terserempak dengan pelancong luar negara yang datang untuk menikmati suasana ibu kota negara kita.

Bagaimanapun, apa yang agak menyedihkan bila ada pelancong asing yang datang tapi akhirnya memilih untuk mengemis mendapatkan wang untuk membeli tiket pulang dan makanan.

Tak rasa malu mengemis untuk melancong…

Lebih menyakitkan mata bila sesetengah pelancong ini seakan-akan tidak segan silu meminta wang daripada orang yang lalu lalang meskipun mampu untuk berjalan dan merantau ke negara orang.

Perkara ini dikongsi pengguna Twitter memaparkan pasangan pelancong mat saleh yang mengemis di tepi jalan. Pasangan lelaki dan perempuan itu berselindung di sebalik payung sambil bermain telefon bimbit.

Antara persoalan yang dibangkitkan individu itu adalah kepada siapa dan di mana tempat kita sebagai rakyat boleh buat aduan. Adakah kepada pihak polis, DBKL ataupun Imigresen?

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen mendedahkan bahawa pasangan itu sebenarnya sudah biasa kelihatan di kawasan itu dan meminta duit dengan cara mengemis.

image is not available

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved