
Mat Saleh Guna Apollo Buat Kek Hari Lahir Anak Raih Perhatian
Biarpun disambut setiap tahun, hari lahir tetap menjadi satu detik yang amat dinanti. Apatah lagi apabila sambutan tersebut bagi meraikan anak yang ditatang bagai minyak yang penuh.
Sebolehnya, setiap ibu dan bapa ingin memberikan kenangan terindah buat anak.
Ada yang membuat sambutan di restoran, ada juga yang mengadakan majlis istimewa di rumah. Malah, tidak kurang juga yang menyambut secara sederhana sesama keluarga kecil mereka.
Begitulah yang dilakukan oleh sepasang suami isteri Mat Saleh ini.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di laman TikTok The Smiths Approve, keluarga kecil ini memilih untuk membuat kek hari lahir buat anak lelaki mereka dengan menggunakan kek Apollo Malaysia.
“Kami cuba untuk buat kek hari lahir Sonic The Hedgehog menggunakan Kek Lapis Pandan Apollo kegemaraan rakyat Malaysia, diiringi keadaan yang kucar-kacir.
“Anak lelaki kami yang berusia empat tahun mahukan kek Sonic. Jadi kami putuskan untuk jadikan snek kegemarannya dari Malaysia jadi kek hari lahir,” jelas mereka.

Tak sempurna tetapi kekal menjadi kenangan indah
Katanya, mereka membuat kek tersebut bermula dari mencampuradukkan krim cokelat hingga kepada menyusun kek Apollo.
“Tak sempurna tapi memang seronok, dan kucar-kacir,” kongsinya.
Rakaman tersebut bermula dengan pembuatan krim cokelat oleh isterinya sebelum menunjukkan mereka bertiga bersama-sama menyusun kek Apollo, membentuk sebuah kek yang besar berbentuk segi empat.
Bagi menjadikan bentuk kek tersebut kekal, mereka membalut kek terlebih dahulu sebelum menyapu krim di sekelilingnya.
Sebagai hiasan, keluarga berkenaan menggunakan taburan berwarna-warni di bahagian tepi kek.
Bukan itu sahaja, selepas gambar animasi Sonic diletak di bahagian atas kek, pasangan suami isteri itu menambah krim berwarna hijau pula.
Biarpun anak lelaki mereka tidak lagi turut serta dalam proses berkenaan sehingga habis, pastinya momen ini menjadi kenangan terindah buat mereka sekeluarga.
@thesmithsapprove Part 1 We’re attempting to make a Sonic the Hedgehog birthday cake using Malaysia’s beloved Apollo Pandan Layer Cake, with lots of family chaos. Our 4-year-old wanted a Sonic cake, so we decided to turn his favourite Malaysian snack into a full birthday cake. From mixing chocolate cream to stacking Apollo cakes, it’s not perfect but it was fun..and chaotic
BACA: Antigagal, Rupanya Ini Cara Mudah Buat “Poached Egg”
BACA: “Menu Tengah Bulan,” Lelaki Ini Kongsi Resipi Mudah & Menyelerakan
Sumber: TikTok The Smiths Approve
The post Mat Saleh Guna Apollo Buat Kek Hari Lahir Anak Raih Perhatian appeared first on Siakap Keli.


