Mat Saleh Tunjuk ‘Skill’ Masak Nasi Goreng, Rakyat Malaysia Bagi ‘Lampu Hijau’ [Video]

FoodCooking
4 Feb 2025 • 6:25 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Nasi goreng merupakan salah satu hidangan yang agak ‘common’ dalam kalangan masyarakat Malaysia dek kerana kepelbagaiannya.

Antaranya Nasi Goreng Cili Padi, Nasi Goreng Sardin, Nasi Goreng Butter, Nasi Goreng Kampung dan sebagainya.

Bila ada nasi putih lebih di rumah pun, kebanyakan mak-mak akan terus terfikir untuk menggunakan sebagai bahan membuat nasi goreng. Nak masak pun senang, tak ‘renyah’ orang kata.

Pemuda Mat Saleh Tunjuk ‘Skill’ Masak Nasi Goreng

Selain golongan para ibu, seorang remaja mat saleh ini juga dilihat pandai memasak hidangan nasi goreng selepas menunjukkan kemahirannya menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@cooking_with.kian).

Remaja lelaki ini berkongsi caranya bermula dengan membasuh serta menanak nasi sehingga mengeringkan nasi itu di atas sebuah dulang dan memasukkannya ke dalam peti sejuk.

image is not available
Sumber: TikTok (@cooking_with.kian)

Kemudian, dia menghiris sebiji bawang untuk dimasak sebagai bawang goreng yang akan dijadikan sebagai hiasan di atas nasi goreng tersebut.

Segala bahan sehingga sekecil-kecil bawang goreng pun dibuat sendiri. Memang power adik ni!

Selepas itu, dia dilihat mula menyediakan bahan untuk memasak nasi goreng iaitu bawang merah, bawang putih, cili, daun bawang dan isi ayam.

Tengok teknik dia memotong bahan-bahan pun sudah ada gaya seperti seorang cef!

image is not available
Sumber: TikTok (@cooking_with.kian)

Apabila semua bahan sudah tersedia, remaja dikenali sebagai Kian ini mula menghidupkan api dan memasukkan isi ayam terlebih dahulu sebelum bahan-bahan lain yang dipotongnya.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah dia juga dilihat menggunakan belacan dalam masakan nasi gorengnya itu. Memang betul-betul ikut cara orang Melayu masak.

Hidangan berkenaan kemudiannya dihidangkan di atas pinggan sebelum dia merasa sendiri masakannya.

“Uncle Roger mesti approve nasi goreng saya,” ujarnya.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 4.1 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

Rakyat Malaysia ‘Approve’ Nasi Goreng Yang Dimasak Oleh Remaja Mat Saleh Ini

Menjengah ke ruangan komen, boleh dikatakan rata-rata rakyat Malaysia yang melihat video pemuda mat saleh itu menghasilkan menu nasi goreng telah memberikan ‘kelulusan’ kerana dikatakan memasak hidangan berkenaan dengan cara yang betul.

Malah, bahan-bahan yang digunakan juga sama seperti nasi goreng yang biasa dimasak di oleh masyarakat Malaysia.

image is not available
Sumber: TikTok

image is not available
Sumber: TikTok

image is not available
Sumber: TikTok

image is not available
Sumber: TikTok

Selain itu, teknik yang digunakan untuk menyejukkan nasi iaitu dengan memasukkannya ke dalam peti ais juga mendapat pujian ramai kerana ia sama seperti cara yang dilakukan oleh mak-mak kita.

image is not available
Sumber: TikTok

image is not available
Sumber: TikTok

Siap ada yang beri cadangan agar pemuda bernama Kian ini untuk membuka gerainya sendiri di Malaysia. Katanya confirm viral dan dikunjungi ramai orang.

image is not available
Sumber: TikTok

Cef Popular Dari New Zealand Nobatkan Nasi Goreng Kampung Dari Malaysia Lebih Sedap Dari Nasi Goreng Peru Dan Vietnam

Sebelum ini, seorang cef terkenal dari New Zealand bernama Andy Hearnden telah menyifatkan Nasi Goreng Kampung dari Malaysia sebagai hidangan paling enak jika dibandingkan dengan versi dari negara Peru serta Vietnam.

Andy menyifatkan Nasi Goreng Kampung dari Malaysia adalah yang paling menyelerakan terutama sekali apabila dimakan bersama telur mata.

image is not available
Sumber: Facebook Andy cooks

Jelasnya lagi, apa yang membuatkan nasi goreng berkenaan memberikan rasa yang cukup mengagumkan adalah rasa pedas yang seimbang ditambah pula dengan ikan bilis goreng yang membangkitkan lagi selera.

Andy sebelum ini memberitahu bahawa nasi goreng kegemarannya adalah dari Korea dan Thailand.

Source: