Mat Salleh 'Protonholic', Pamer Koleksi Rare Miliknya

Cars
26 Oct 2026 • 1:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Mat Salleh 'Protonholic', Pamer Koleksi Rare Miliknya

Siapa sangka kereta jenama negara kita bukan sahaja diminati dalam kalangan rakyat tempatan, tetapi turut menjadi kegilaan peminat kereta dari luar negara.

Manakan tidak, ada kumpulan-kumpulan khas yang ditubuhkan di negara luar bagi peminat kereta Proton atau Perodua terutama di Britain. Mereka kebiasaannya memiliki model lama yang masih dijaga dengan baik dan bahkan digunakan bagi urusan harian.

Bercakap mengenainya, seorang lelaki dari Lincolnshire, United Kingdom, baru-baru ini berkongsi mengenai koleksi kereta Proton miliknya di sana.

"Hai... Saya Jon, dan saya seorang 'Protonholic'

"Jika anda baru di sini... saya seorang pengumpul kereta (khususnya kereta Proton).

"Kini, saya memiliki 34 buah kereta dalam koleksi yang makin berkembang 'kenderaan yang telah dilupakan orang ramai'" ucapnya.

Antara koleksi Proton yang dikongsikan Jon;

Image from: Mat Salleh 'Protonholic', Pamer Koleksi Rare Miliknya
Image from: Mat Salleh 'Protonholic', Pamer Koleksi Rare Miliknya
Image from: Mat Salleh 'Protonholic', Pamer Koleksi Rare Miliknya
Image from: Mat Salleh 'Protonholic', Pamer Koleksi Rare Miliknya
Image from: Mat Salleh 'Protonholic', Pamer Koleksi Rare Miliknya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan respon positif dan menyokong hobi lelaki berkenaan.

"Yeesza...Mr Coupland in da house!!! I follow u since your early YT videos.. Mantap!!"

"Malaysian collects JDM, while you collects MPM hahahahah, the old Saga is a nice car tho" seloroh seorang pengguna.

Terdahulu, dia mengakui sangat meminati model kereta Proton, dia menunjukkan beberapa buah kereta Proton di belakangnya.

Menurutnya, kereta-kereta tersebut akan dibawa untuk menjalani ujian di Kementerian Pengangkutan (MOT).

Untuk pengetahuan, kenderaan yang berusia lebih tiga tahun diwajibkan untuk menjalani ujian tahunan di negara tersebut bagi memastikan kenderaan terbabit selamat dan sesuai digunakan di jalan raya.

Baca juga:

Mat Salleh 'Protonholic'

“Belakang saya ini hanyalah sebahagian daripada koleksi Proton saya. Ya, saya sangat suka kereta Proton.

“Seperti yang anda boleh lihat, ada tiga buah kereta Proton yang sangat berbeza. Kenapa semuanya dikeluarkan hari ini? Sebenarnya, semuanya akan dibawa untuk menjalani ujian MOT.

“Dua daripadanya sudah lama tidak digunakan, hampir setahun iaitu Proton Impian dan Satria. Satu lagi adalah kereta istimewa saya, Proton Black Knight,” katanya.



Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved