Mat Salleh Terkejut Kereta Myvi Dah Tersadai 4 Tahun Masih Boleh Hidup, Baru Niat Nak Lupuskan

LocalCars
7 Oct 2024 • 1:39 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini, tular satu hantaran video yang memaparkan seorang Mat Salleh di United Kingdom telah menghidupkan enjin kereta jenama Myvi di luar negara.

Apa yang menarik perhatian warga maya, apabila keadaan kereta Myvi itu telah tersadai hampir 4 tahun, namun kereta itu masih boleh dihidupkan dengan mudah.

Hantaran video yang dibuat oleh lelaki Mat Salleh itu pada mulanya dia berniat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kereta itu sebelum dilupuskan.

Namun, pemilik kereta tersebut terkejut apabila kereta yang sudah lama tidak dipakai itu masih boleh dihidupkan, malah bunyi enjin kereta tersebut masih sedap didengari.

Menerusi hantaran video yang dikongsi itu, pemilik kereta Myvi tersebut seolah-olah menyesal kerana mempunyai niat untuk melupuskan keretanya itu.

Rata-rata warga Malaysia turut berasa bangga kerana kereta kebanggaan Malaysia telah mendapat perhatian daripada warga luar negara.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @jompomen


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved