TikToker Gigih Rakam Video, Selepas MG4 Terlibat Dalam Kemalangan

LocalEntertainment
4 Oct 2024 • 5:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seorang pempengaruh media sosial, Iman Kamil masih sempat menunjukkan keadaan kereta MG4 selepas terlibat dalam satu kemalangan, baru-baru ini.

Kereta elektrik yang dipandunya itu terlibat dalam satu kemalangan selepas dia dipercayai terlanggar sebuah lori dari arah belakang.

image is not available

Bagaimanapun, Iman kelihatan cukup tenang apabila dia sempat berselororoh dengan mengatakan:

“ Tiada apa yang perlu dirisaukan dan mungkin kerosakan boleh dibaiki dengan hanya meletakkan minyak gamat di bahagian permukaan kereta,” tulisnya.

Di sebalik kemalangan itu, tular pula satu klip video yang menunjukkan kereta itu sebenarnya dipandu laju ketika hujan lebat.

“Kalau tiada teknik, jangan bawa laju, U punya kereta total lost tak apa, tapi orang punya lori hari-hari nak layan,” tulis seorang pengguna Facebook.

Mujur, kemalangan itu tidak meragut nyawa manakala Iman dilihat idak mengalami sebarang kecederaan walaupun kereta miliknya dilihat hampir ‘total lost’.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved