Mata perkuat cabaran Vissel Kobe

FootballSports
4 Sep 2023 • 9:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Juan Mata - FOTO: AFP

BEKAS pemain tengah Sepanyol, Juan Mata menyertai Vissel Kobe secara percuma, umum kelab Liga Jepun (Liga-J) itu.

Mata, anggota skuad juara Piala Dunia Sepanyol di Afrika Selatan 2010, telah menandatangani kontrak dengan pasukan bimbingan Takayuki Yoshida selepas meninggalkan kelab Turki, Galatasaray pada musim panas.

Kobe berada di tempat kedua dalam kedudukan Liga-J semasa, satu mata di belakang pendahulu Yokohama F Marinos.

Kobe akan berdepan Kyoto Sanga pada Ahad, yang kemenangan akan membawa kelab tersebut ke kedudukan teratas.

Mata tidak mempunyai kelab sejak meninggalkan Galatasaray dan menyertai Kobe selepas tempoh sebelumnya bersama Valencia, Chelsea dan Manchester United.

Kehadiran Mata secara tidak langsung merupakan motivasi kepada Kobe yang kehilangan ikon Andres Iniesta.

Mata dijangka mengisi posisi bekas pemain Rubin Kazan, Mitsuki Saito, yang rehat setahun selepas mengalami cedera lutut serius ketika berdepan Kashiwa Reysol pada 19 Ogos lalu..

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved