"Mati Rasa Hanya Kerana Dikecewa & Disia-Sia" - Farah Kartini

16 Jul 2024 • 5:59 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

"Mati rasa hanya kerana dikecewa dan disia-sia," demikian tulisan terakhir bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini yang kembali tular di media sosial.

Hantaran yang dimuatnaik di aplikasi Thread milik Farah bertarikh 8 Julai lalu itu menjadi bualan ramai.

Rata-ratanya meluahkan rasa kecewa dan sedih dengan hantaran yang dibuat oleh mangsa yang dipercayai dibunuh oleh individu yang dikenalinya itu.

Malah, ada juga warganet yang melayangkan doa agar arwah tenang di alam abadi.

Terdahulu, media melaporkan mayat Farah yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada 6 petang pada Isnin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved