Matriks Pembelajaran Malaysia ukur pencapaian murid Tahun 4, Tingkatan 3

LocalPolitics
20 Jan 2026 • 1:54 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 20 JAN: Kerajaan akan melaksanakan Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat mulai tahun ini melibatkan empat mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata selain itu, Pengukuran Pembelajaran Tingkatan Tiga pula akan diperkenalkan bermula 2027 melibatkan lima mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.

“Kedua-dua pengukuran ini akan ditadbir secara berpusat oleh Lembaga Peperiksaan. Ia juga dikenali sebagai Matriks Pembelajaran Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 di Putrajaya, hari ini, lapor Berita Harian.

Anwar berkata pelaksanaan pengukuran berkenaan bertujuan menilai tahap penguasaan pembelajaran murid secara lebih menyeluruh dan berstruktur, selaras dengan usaha kerajaan memperkukuh kualiti sistem pendidikan negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved