Mattel Perkenal Hot Wheels Model Proton Saga

Cars
9 Dec 2022 • 8:01 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Replika Hot Wheels jenis kereta Proton Saga yang akan dikeluarkan oleh Mattel Malaysia Sdn Bhd sempena ulang tahun Mattel Malaysia ke-40 - Gambar Bernama

BUKIT MERTAJAM - Pengeluar kereta mainan Hot Wheels, Mattel Inc mengumumkan kerjasama dengan pengeluar kereta nasional Proton bagi mengeluarkan model skala 1:64 kereta nasional pertama negara, Proton Saga.

Presiden dan Ketua Pegawai Komersial Mattel Inc Steve Totzke berkata kerjasama itu sempena memperingati ulang tahun ke-40 syarikat itu di Malaysia.

“Ini adalah perkongsian pelesenan yang menarik kerana kami bergabung untuk membangunkan kereta Hot Wheels, mengikut model Proton Saga asal iaitu model pertama keluaran Proton, yang kini akan menjadi sebahagian daripada koleksi peribadi Hot Wheels.

“Perkongsian ini bertujuan mempertahankan warisan kebanggaan Mattel dan Proton untuk terus menyediakan kenderaan berkualiti tinggi kepada peminat semua peringkat umur di seluruh dunia,” katanya berucap pada sambutan ulang tahun ke-40 Mattel di sini.

Menurut Totzke, Proton Saga merupakan kereta pertama daripada jenama automotif Malaysia dan sehubungan itu memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia yang membolehkan rakyat Malaysia memiliki kereta.

Model baharu Hot Wheels itu dijangka mula dijual di seluruh dunia menjelang akhir 2023. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved