Maut Digilis LRT: MOT Arah Prasarana Pasang Pintu Keselamatan Di Semua Stesen

LocalPolitics
4 Jun 2025 • 2:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kementerian Pengangkutan (MOT) mengarahkan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) mempertingkatkan langkah keselamatan termasuk memasang pintu keselamatan penumpang di semua stesen Transit Aliran Ringan (LRT).

Menteri, Anthony Loke, berkata ia bertujuan mengelak tragedi menimpa seorang lelaki Taiwan yang maut digilis tren di Stesen Pusat Bandar Puchong semalam berulang.

Bagaimanapun, pihaknya sudah meminta Prasarana untuk merancang memasang pintu keselamatan penumpang itu di semua stesen-stesen LRT dan MRT.

image is not available

"Dari segi langkah keselamatan, memang saya dah minta Prasarana untuk merancang untuk memasang pintu keselamatan penumpang itu di semua stesen-stesen LRT dan MRT.

"Sebab ini, untuk stesen-stesen MRT baharu, memang ada pintu keselamatan, kita ada satu pintu sebelum tren sampai.

"Monorel pun telah kita siapkan, cuma untuk LRT aliran Ampang, ada stesen-stesen yang ini dengan reka bentuk lama, yang belum ada pemasangan pintu keselamatan di platform. Jadi, itu sesuatu yang saya minta Prasarana untuk melaksanakannya," katanya.

Media semalam melaporkan seorang lelaki warga Taiwan berusia,63, maut digilis gerabak LRT selepas dipercayai terjatuh ke atas landasan di Stesen Pusat Bandar Puchong.