Kes Dig*lis LRT: Kementerian Pengangkutan Arah Prasarana Pasang Pintu Keselamatan Penumpang

LocalPolitics
4 Jun 2025 • 2:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengarahkan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) untuk menambahkan lagi mutu kualiti keselamatan termasuklah memasang pintu keselamatan penumpang di semua stesen Transit Aliran Ringan (LRT).

Menterinya, Anthony Loke, berkata ia bertujuan untuk mengelakkan tragedi menimpa seorang lelaki Taiwan yang maut digilis tren di Stesen LRT Pusat Bandar Puchong yang berlaku semalam berulang.

Tegasnya, dari segi langkah-langkah keselamatan, sememangnya pihaknya sudah meminta Prasarana untuk merancang memasang pintu keselamatan penumpang itu di semua stesen-stesen LRT dan MRT.

image is not available

“Dari segi langkah keselamatan, memang saya dah minta Prasarana untuk merancang untuk memasang pintu keselamatan penumpang itu di semua stesen-stesen LRT dan MRT.”

“Sebab ini, untuk stesen-stesen MRT baharu, memang ada pintu keselamatan, kita ada satu pintu sebelum tren sampai.”

“Monorel pun telah kita siapkan, cuma untuk LRT aliran Ampang, ada stesen-stesen yang ini dengan reka bentuk lama, yang belum ada pemasangan pintu keselamatan di platform. Jadi, itu sesuatu yang saya minta Prasarana untuk melaksanakannya.”

image is not available

Tambahnya, pemasangan kemudahan keselamatan tambahan itu dijangka akan menelan kos yang besar dan memerlukan bajet tambahan daripada kerajaan.

“Memang kita memberikan pertimbangan yang sewajarnya dan memberikan prioriti untuk menambah baik keselamatan di stesen-stesen.”

“Prasarana tengah buat perancangan, sebab semuanya akan melibatkan bajet untuk pembangunan tersebut.”

Semalam, tular seorang lelaki warga Taiwan yang berusia 63 tahun maut digilis gerabak LRT, dia dipercayai terjatuh ke atas landasan di Stesen Pusat Bandar Puchong.

Sumber : Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.