“Mawar & Raf berpisah bukan kerana orang ketiga” – Wawa Zainal

Entertainment
1 Dec 2023 • 6:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan berita perceraian pasangan selebriti Mawar Rashid dan Raf Yaakob.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Menurut laporan Gempak, kemelut yang melanda rumah tangga pasangan selebriti itu hanya diketahui antara mereka berdua.

“Mungkin perpisahan adalah keputusan yang terbaik dan kami harapkan mungkin mereka akan kembali bersama.

Mereka berpisah pun bukanlah disebabkan orang ketiga, tetapi ada masalah-masalah lain yang hanya mereka sahaja yang tahu. Jadi, kita sama-sama doakan manalah tahu ada sinar buat mereka,” katanya.

Difahamkan, Wawa sudah pun mengetahui berkenaan berita sedih itu terlebih dahulu sebelum pasangan itu mendedahkan kepada umum.

Namun, tidak dinafikan mereka sangat terkejut dan sedih atas perpisahan kedua-dua mereka itu.

“Kami (saya dan Aeril Zafrel) sangat sedih dan kami pula seperti hendak menangis ketika menerima berita itu, kami belum sempat berjumpa mereka lagi.

Berilah mereka ruang untuk bertenang, kami pun tak mahu ganggu mereka,” katanya lagi.

Sebagai info, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan berpisah pada November lalu, mereka mengumumkan perpisahan mereka menerusi laman Instagram masing-masing.

Sumber: Gempak

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.