Max buat ‘punch line’

29 May 2025 • 10:38 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Selepas Grand Prix Monaco 2025, Max Verstappen membuat kenyataan sinis yang menjadi tular dengan berkata;
“Ia seperti Mario Kart di luar sana. Anda hanya perlu lempar pisang merata-rata dan ia akan menjadikannya lebih menarik.”

Komen ini mencerminkan rasa kecewanya terhadap kekurangan aksi dan peluang memotong di Litar Monte Carlo yang sempit.

Beliau turut menyindir bahawa walaupun F1 cuba menambah elemen strategik seperti dua hentian pit wajib, perlumbaan tetap membosankan tanpa ruang untuk berlumba secara kompetitif.

Kenyataan ini disambut dengan pelbagai reaksi, ada yang bersetuju dan merasakan ia menggambarkan betapa “kaku”nya Monaco sebagai litar moden F1.

Ramai pemerhati menganggap komen itu lucu dan sangat “Verstappen”.

The post Max buat ‘punch line’ appeared first on TW Media.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved