Maxim E-hailing anjur konvoi merdeka Jalur Gemiling sempena Hari Kebangsaan 2023

Cars
7 Aug 2023 • 9:56 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Maxim E-hailing anjur konvoi merdeka Jalur Gemiling sempena Hari Kebangsaan 2023

zulfadli

07/08/2023 - 09:56

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Bersempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, Maxim E-hailing akan meraikan ulang tahun itu dengan tema 'Jalur Gemilang' bagi penjenamaan kereta.

Syarikat itu berkata, tema ini pastinya akan mencerminkan semangat kenegaraan yang sebenar dan sesuai dengan tema tahun ini ''Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan'.

Katanya, bagi penjenamaan kereta, Maxim E-hailing mereka bentuk pelekat khas buatan sendiri yang direka khas dengan Jalur Gemilang di dalam logo GPS.

"Pelekat yang dibuat khas akan ditampal pada bahagian atas hadapan bonet kereta. Ini akan mewakili kesetiaan sebenar Maxim E-hailing untuk Malaysia sempena Hari Kebangsaan tahun ini.

"Bagi memperingati tema Jalur Gemilang bulan ini, Maxim E-hailing merancang untuk menganjurkan perarakan merdeka dengan konvoi kereta dan motosikal melalui pelekat yang dibuat khas. Perarakan merdeka ini akan menghidupkan semangat sebenar tema Malaysia Madani," katanya dalam kenyataan media di sini.

Menurut kenyataan itu, Maxim E-hailing juga akan menawarkan faedah yang menarik untuk rakan pemandu yang akan meletakkan pelekat buatan khas untuk kereta mereka.

Katanya, ia termasuk elaun bulanan untuk kereta berjenama, pesanan yang diutamakan, promosi kempen dan kadar komisen yang rendah.

image is not available

"Pemasangan akan mengambil masa 20 minit dan rakan pemandu boleh mendapatkannya secara percuma di pejabat terdekat. Mereka boleh mendapatkan akses kepada pelekat kenderaan di seluruh bandar di Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

"Dengan meletakkan pelekat pada kereta, ia adalah peluang untuk pemilik kereta menyertai konvoi yang telah dirancang," katanya.

Sementara itu, Ketua Maxim E-Hailing Malaysia, Mohd Hazwan berkata, dengan mengadakan perarakan merdeka bersama pelancaran pelekat kereta, ini adalah peluang untuk pihaknya berkongsi semangat patrioritik dan penghargaan terhadap hari kemerdekaan.

"Bersama-sama kerjasama dengan rakan-pemandu, adalah satu penghormatan bagi kami untuk mengibarkan bendera Malaysia pada kereta," katanya. - DagangNews.com